Cinta
Selalu teringat-ingat, sanggup berkorban demi si dia, sanggup tunggu berjam-jam demi si dia. Terkadang sanggup dimarahi demi menjaga hatinya.
Begitulah gambaran orang yang dilamun cinta kan.
Bagaimana pula cinta kita kepada Allah.
Kita mengaku kita cintakan Allah. Kita mengaku kita beriman kepadaNya. Lalu apa yang kita telah lakukan?
"Dan Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya...." (surah Al-Ahzab, 33: 4).
Kita tidak akan mampu mengatakan kita cintakan Allah jika perhatian dan rasa hati kita banyak berarah kepada manusia. Cinta kepada Allah pasti menguasai diri kita. Kerana dengan mencintaiNya, kita mampu untuk mencintai yang lain kerana Allah. Jika hati kita dipenuhi dengan benda lain, lantas di manakah Allah dalam hati kita?
Cinta kita kepada Allah apabila kita teringat-ingat kepadaNya. Kemudian, cinta semakin bertambah apabila kita tertanya-tanya sama ada amalan kita ini diredhai Allah atau tidak. Diibaratkan seperti kita tertanya-tanya dengan pasangan sama ada dia menyukai apa yang kita sukai. Begitu sedihnya hidup jika kita lebih mengutamakan cinta kepada manusia.
Setelah itu, tingkatan cinta bertambah apabila kita sanggup berkorban demiNya. Berusaha keras untuk memenuhi perintahNya. Kerana cinta, kita sanggup untuk mempelajari al-Quran, mempergiatkan ibadah. Dan cinta bertambah lagi apabila semua perbuatan kita hanya untuk Allah.
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah SAW : Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman : Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain, siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah(dan bukan keran suatu tujuan duniawi), dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran) sebgaimana bencinya akan dicampakan ke dalam api.
Cinta semakin menebal apabila kita berharap orang lain mencintaiNya sebagaimana kita mencintaiNya. Kita tidak akan membiarkan orang lain jauh dari Allah.
Dalam sebuah hadith diceritakan seseorang yang beribadah di kampung yang penuh dengan ahli maksiat. Allah s.w.t berfirman pada Jibril, "tenggelamkanlah kampung itu!". Jinril berkata, "wahai Tuhanku, di sana ada hambamu si Fulan yang selalu rukuk dan sujud." Allah berkata, "wahai Jibril, mulailah! Sesungguhnya wajahnya tidak berpaling padaKU satu jam pun. (HR. Baihaqi).
Kemudian, cinta bertambah lagi apabila kita redha ketika Allah memanggil dengan sebutan hamba dan kita menjadi khusyuk dalam solat yang kita kerjakan. Melakukan solat sampai air mata berjatuhan, merasa gelora cinta, merasa sangat dekat dengan Allah.
Betapa indahnya cinta kepada Allah
Semua orang pasti pernah merasakannya walau hanya sebentar dalam hidupnya. Walau hanya merasa ketika susah. Tapi sampai bila? Sampai bila kita mengingati Allah hanya pada saat kita memerlukannya?
"Belum tibakah waktunya bagi orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan......" (surah Al Hadid, 57 :16)
Mari kita renung-renungkan atas apa yang kita telah lakukan selama kita hidup di muka bumi ini

- Amru Khalid, Hati Sebening Mata Air
- Muharikah & King Shu, Muharikah The Comics
Comments
Post a Comment