Kesabaran dalam ketaatan

kisah Masyitah

Diceritakan di sini seorang pemimpin yang zalim iaitu Firaun mempunyai pegawai yang sangat dipercayainya. Pegawai itu bernama Hazaliq. Hazaliq dalam diam mengaku keimanannya. Begitu juga dengan isterinya iaitu Masyitah. Mereka berdua berkerja dibawah kepimpinan Firaun namun pendirian mereka tidak tergugah dengan kezaliman Firaun.

Namun, pada suatu hari terjadi pertelingkahan dan perdebatan yang hebat di antara Firaun dan Hazaliq. Peristiwa disebabkan penentangan Hazaliq terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Firaun terhadap seorang ahli sihir yang mengaku keimanannya atas ajaran Nabi Musa as. Firaun akhirnya mengetahui bahawa Hazaliq beriman kepada Allah. Perkara ini menambah kemarahan Firaun dan akhirnya Hazaliq dijatuhkan hukuman mati. Dia menerimanya dengan tabah dan tanpa gentar. Hazaliq menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tangannya diikat di pohon kurma dan tubuhnya dipenuhi dengan anak panah.

Dengan kematian suaminya yang tercinta, Masyitah dirundung kesedihan. Anak-anaknyalah menjadi tempat untuk mnghilangkan kedukaannya. Masyitah kemudiaannya mengadu nasibnya kepada isteri Firaun, Siti Asiah. Di situ barulah kedua-duanya menyedari bahawa mereka berdua beriman kepada Allah.

Suatu hari, Masyitah menyisir rambut puteri Firaun. Tanpa sengaja sisir tersebut jatuh daripada genggaman. Dan tanpa sengaja juga Masyitah mengatakan kata-kata hinaan kepada Firaun. Puteri Firaun yang mendengarnya berasa tersinggung lalu mengancam Masyitah untuk memberitahukan perkara itu kepada bapanya. Masyitah tidak berasa takut terhadap ancaman itu. Kemudiannya dia dipanggil oleh Firaun.

"Apakah betul kau mengucapkan kata-kata penghinaan terhadapku, sebagaiman pertuturan anakku? Dan siapakah tuhan yang kau sembah selama ni?"

Dengan beraninya Masyitah menjawab, "ya betul, baginda raja yang zalim. Dan tiada ada tuhan slain Allah yang sesungguhnya menguasai seluruh alam dan isinya."

Firaun berasa marah sekali dan menyuruh pengawalnya untuk memanaskan kuali besar yang berisi dengan minyak. Di saat minyak sudah mendidih yang begitu panas, pengawal-pengawal memanggil orang ramai untuk menyaksikan hukuman yang bakal dikenakan kepada Masyitah dan anak-anaknya. Sekali lagi Firaun memberi pilihan untuknya; mentaatinya sebagai tuhan atau tetap dengan pendiriannya. Namun Masyitah tetap dengan pendiriannya. Mengaku keimanannya.

Masyitah dan anak-anaknya berjalan menuju ke kuali besar tersebut. Terlintas keraguan dihatinya saat melihat anaknya dalam dakapan asyik menyusu. Dengan izin Allah, anaknya berbicara, "jangan sedih. jangan takut wahai ibuku. Kematian kita ini akan dibalas dengan ganjaran daripada Allah." Masyitah kembali yakin dan terjun masuk ke dalam kuali besar yang berisi minyak panas itu. Tanpa jeritan, tanpa tangisan. Bau haruman wangi keluar daripada minyak panas itu.
Di sinilah pengakhiran kisahnya.

Betapa teguhnya pendirian mereka. Betapa tingginya ketaatan mereka. Walaupun dikelilingi oleh  orang kafir, walaupun dizalimi oleh raja yang kejam, tidak tergugah sikit pun keyakinan mereka kepada Allah.

Jika nak dibandingkan ujian mereka dengan apa yang kita alami, ujian kita cumalah sedikit. Kita perlu rasa beruntung kerana kita belum lagi kena bunuh, kena seksa disebabkan kita beriman kepada Allah. Kita masih lagi dalam keadaan aman. Masih lagi dalam keadaan selesa.

Dan takkanlah dengan ujian sedikit, dengan ujian perasaan, kita dah give up. Rasa lemah. Rasa tak mampu nak teruskan hidup.

Harap kita semua ambil iktibar dengan kisah ini. Don't ever give up. Jalan nak menuju ke syurga itu bukanlah mudah. Allah lihat usaha kita. Inshaa Allah, bila kita menolong agama Allah, Allah akan tolong kita malah akan meneguhkan kedudukan kita. (47:7)






Comments

Popular Posts