Manusia
Expectation. Ya. Mungkin
sebab kita semua mengharapkan tercapainya expectation itu. Semakin
tinggi expectation itu, semakin semak aku rasakan dalam fikiranku.
Semak yang teramat.
Nak puaskan hati semua
orang kononnya. Pernahkah kau puaskan hatimu. Puaskan hati pemilik
hatimu. Tanya pada diri. Moga-moga terjawab dalam kesedaran. Tanpa
kita sedar, kita sudah dihamba abdikan dengan kepuasan. Yakni
kepuasan diri dan orang lain. Semua yang kita buat, berpandukan
kepada kepuasan. Kita semua mahukan kebahagiaan. Ya, kebahagiaan itu
juga satu kepuasan. Dan dunia ini juga satu kepuasan. Lantas,
kejarlah kepuasan itu jika mampu. Katakan padaku jika kau mampu
bertahan dengan kepuasan itu. Katakan padaku jika kepuasan itu
selamanya. Katakan padaku.
Aku yakin. Kau juga tidak
mampu katakan padaku. Kerana aku yakin kau tidak akan dapat bertahan
dengan kepuasan itu. Tidak mampu menempel kepuasan itu pada dinding
agar ia kekal selamanya. Kerana kau tahu ia akan hilang. Hilang tanpa
kau sedari. Kerana ia juga bukan tuhan. Yakni ia juga hamba. Turut
pada yang satu.
Surat buat diriku~
Comments
Post a Comment