Konsisten
Assalamualaikum.....
Apa khabar reader..
Inshaa
allah hari ini nak buat coretan ringkas sahaja
Berkenaan bagaimana nak ‘CONSISTENT’ a.k.a ‘ISTIQAMAH’
Lately ini memang aku sendiri hadapi kesukaran untuk buat sesuatu secara berterusan. Even perkara kecil pun
Setiap
daripada kita mesti pernah rasai sebegini kan. Apabila Allah dah berikan semangat
untuk kita berbuat baik atau nak berubah menjadi terbaik, mesti ada sahaja
menghalang. Siapa lagi yang menghasut kalau bukan Syaitan/ iblis dan paling susah nak kawal
NAFSU.
End up
semua yang dirancang hanya tinggal sebuah rancangan.
Ok so here
is the tips yang mungkin dapat membantu korang yang susah untuk CONSISTENT
1. Mulakan
dengan perkara kecil dahulu
- Sebagai contoh, kita nak jadi YOUTUBER yang membuat content2 bermanfaat, so cuba untuk rangka dulu ayat-ayat dan banyak membaca sebelum membuat
video. Dan sebaiknya buat perangkaan dan perancangan nak content yang macam
mana, video angle, topik dan sebagainya. Sehinggalah menjadi perancangan yang
teratur. Nak buat video pun sebaiknya cuba CONSISTENT buat sekali untuk
seminggu terlebih dahulu, kemudian barulah bertahap-tahap untuk buat lebih
banyak.
- Contoh lain, kita nak solat sunat pula
kan. Cuba untuk consisten dalam solat awal waktu terlebih dahulu, kalau dah
setel itu, kemudian kita cuba untuk perbaiki cara wudhuk dan seterusnya
perlahan-lahan solat sunat setiap kali solat fardhu. Jika tak mampu semua,
cukup solat dhuha 2 kali seminggu dahulu.
2.
Kawan/family support
- Yup tak dinafikan kita perlukan
orang-orang sekeliling yang turut sokong kita untuk istiqamah dan
sebaik-baiknya kita ajak berbuat sekali. Barulah timbul semangat untuk terus
berbuat kan jika ramai yang buat juga. Jadi andai kita loss hope, atau fade up
nak berubah, akan ada orang sekeliling kita yang bantu tegur kita dan naikkan HIMMAH
kita.
3. Doa
- Ini kuncinya gais. Setiap yang kita buat
tidak lari daripada pemerhatian Allah. Dialah yang memegang hati kita dan
Allahlah yang maha berkuasa atas tiap sesuatu. Andai kita lemah, minta kepada
Allah semoga dapat beri kekuatan untuk berubah. Bukan minta jauhkan ujian tapi
kita minta kekuatan untuk hadapinya. Inshaa Allah kita nak jadi muslim/ah yang
HEBAT. Jadi kita kena yakin dan terus bersandarkan pengharapan kepada Allah.
Kita pasti mampu untuk berubah menjadi yang TERBAIK..
Wassalam
-Semoga
sistur dan semua reader diberikan kekuatan dan dapat istiqamah melakukan
kebaikan-
AAMIIIN.....
Comments
Post a Comment