SUPERB!


Hero? Heroin?
Batman? Superman? atau policeman? Wonderwoman?

Hero untukku.. He’s my dad. One and only.
Tak ada siapa yang dapat menandingi beliau..

Heroin untukku.. She’s my mom.
No one would be able to replace her.

Bapa seorang yang tegas. Sesiapa yang tidak kenal beliau, mereka mungkin akan nampak beliau ni  garang. Tetapi sebenarnya dia seorang yang penyayang. Fahamkan apabila berkata soal penyayang seorang bapa. Beliau biasanya tidak menunjukkan kasih sayangnya dihadapan anaknya namun setiap apa yang dilakukan itulah yang membuktikan kasih sayangnya terhadap anaknya. Setiap keputusan atau pilihan yang dibuat pasti menitikberatkan dalam setiap aspek.

Mak pula seorang yang penyayang dan lembut. Namun kadang boleh menjadi seorang yang agak garang juga. Beliau tegas pada setiap keputusannya. Beliau juga yang setia menjaga makan minum, mengurus pemakaian dan lain-lain. Seorang yang prihatin. Benarlah bahawa setiap sentuhan ibu itu memberi berjuta kasih sayang yang tidak terkira. Rindu dengan masakannya yang menggiurkan. Bilamana ada masalah, beliau lebih kepada menyelesaikan masalah itu. Berbeza dengan bapa, bapa lebih kepada mencari punca masalah itu. Bertanya dan bertanya lagi sehingga mengenal punca sebenarnya barulah ‘jump to solution’. Kita juga kena peka bahawa naluri seorang ibu itu kuat. Maka jangan nafikannya.

They are the best!

Kadang tanpa sedar, mereka sebenarnya ingin yang terbaik buat anaknya. Segala yang dilakukan mungkin nampak kolot di mata kita atau tidak suka.Kadang terasa macam tidak adil mahupun rasa tidak puas hati pada setiap keputusan yang beliau buat. Tapi disebaliknya baru aku tahu ada kebaikan malah tidak tercapai dek akal dengan kesannya. Dan sedarlah hakikat bahawa mereka lebih ‘makan garam berbanding kita’.

Sedih.
Apabila teringat waktu dulu. Memberontak . Itulah yang kadang dilakukan oleh seorang anak apabila kemahuannya ditolak. Menghempas pintu. Mengugut keluar dari rumah.

Tahukah bahawa seorang anak itu merupakan saham ibu bapa di akhirat kelak. Dan tahukah bahawa keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa. Sedarkah kita akan hakikat itu. Adakah kita menjaga hati mereka? Tatkala kita memberontak menginginkan sesuatu, adakah kita peka akan perasaan hati mereka. Menghampas pintu seolah-olah rumah itu kita punya. Menengking-nengking mereka seolah-olah kita ini lebih tua daripada mereka.

Sedarkah kita?


Comments

Popular Posts