Kau

Usai sahaja Di menyiapkan tugasan, badannya terus dihamparkan ke atas tilam. Terasa nyaman. Matanya perlahan-perlahan membuai ke alam mimpi. Tiba-tiba ketukan bertalu-talu kedengaran di pintu bilik. Lantas tudung expressnya segera membaluti kepala.

"Ada apa?"
Riak wajah gadis Islam berkacukan cina itu mempamerkan kerisauan.
"Tolong aku, Di. I really need your help."
"Erk tolong apa, Yan?"
"Jom"
Langkahnya turut diayun laju mengikuti gadis itu.
Sampai di satu persimpangan, terlihat seorang lelaki berdiri pegun membelakangi mereka.

"Siapa tu?"
Yan hanya terdiam.

Lelaki itu lalu berjalan meninggalkan kami dan tiba-tiba bunyi hentakan kuat kedengaran.

Matanya yang dipejamkan perlahan-perlahan dibuka. Dia melihat dirinya terbaring di atas katil dan sekelilingnya dilihat seperti berada di biliknya. Kelu. Tiada kata yang dapat diungkapkan. Kenapa? Kejadian itu betul-betul berlaku di hadapannya. Seolah-olah sesuatu yang benar telah terjadi. Tiba-tiba ketukan bertalu-talu  kedengaran di pintu. Dia lantas membukanya dan terkejut melihat orang di hadapannya.

Gadis yang berkacukan cina


Comments

Popular Posts