Ohh..



Kadang bila terlepas cakap macam-macam boleh jadi kan. Sedarkah orang lain terluka bila kita lepas cakap. Maybe kita jenis orang yang tak fikir sebelum berkata-kata or maybe kita jenis orang yang tak kesah pun tentang perasaan orang lain. Ingatlah silap sendiri. Jadikan pengajaran atas apa yang sudah berlaku. Jangan ulangi lagi. Kalau setakat nak tarik perhatian orang dengan joke yang tak seberapa nak lawak tu, just forget it!

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata..lu pikirlah sendiri

Kadang juga kita rasa diri kita ni hebat. Rasa disanjung tinggi. Rasa dihormati dan sebagainya. Kawan, that’s why bila memuji tu berhati-hati. Sebab bila-bila masa saja kita tak sedar diri dan rasa angkuh menemani.

Kadang juga prasangka menjadi teman disebalik tabir. Cemburu menguasai diri bilamana ada yang lebih baik dari kita. Bermulalah prasangka bermain-main di fikiran.

“mengapa kau asyik nak positif je. Kadang-kadang berfikiran negatif pun apa salahnya kan”
“sebab aku tak nak salah tanggapan terhadap orang”


Kadang hidup ni sukar untuk difahami. Manusia juga sukar untuk dimengerti.

*******

Comments

Popular Posts